Wednesday, April 22, 2009

Lama tak bersua (Part 2)

Hari ini 23hb April 2008, maknanya lg 2 hari nk gaji! haha... alhamdulillah.... penat lelah, jerit perit akan terbayar.... jarang (atau tak pernah?) aku rasakan satu perasaan sebegini masa kerja di Malaysia... mesti orang akan tanya "perasaan macam mana tu ye?"

Jawapannya ialah.. perasaan puas bila waktu gaji kerana penat dan lelah serta mengah yg tak pernah aku rasakan sewaktu kerja di Malaysia.. walaupun pernah bertugas di banyak tempat kerja (berdasarkan rekod sejak mula bekerja thn 2001, dh 8 cmpny dh !! hehehe) dan ada diantaranya aku "diperah", standby smpi tgh malam, tp tak rasa "seletih" kerja disini... mungkin sebab aku kerja tanpa henti disini ! maklumla, teruk2 kt Msia pun kerja 5 hari seminggu, masuk kerja pukul 8 pg, balik 5-6 petang, dalam waktu kerja ada "ngular2".... :)

tp disini.... kerja 7 hari seminggu!! 6.30 dh bertolak ke ofis, balik rumah paling awal jam 8 mlm, takda mengular dan paling penting yg aku rasa paling meletihkan...... badan di Dubai, tp fikiran berfikir ttg anak, isteri dan keluarga di Msia..... itulah jawapan paling signifikan rasanya.... :)

dulu sebelum datang Dubai aku dh dengar dr kawan2 di Putrajaya Holdings, yg kawan2 mereka pernah juga bertugas di Dubai (especially) & other Gulf countries, sini mmg gila....gila keje...

dulu aku tak tahu knapa.... aku ingat mungkin itu persepsi je kot.... tapi hakikatnya ia memang realiti... sebab ape eh?? aku rasa 1 sahaja sebab yg paling konkrit.... iaitulah "kegilaan" Dubai utk menjadi "YANG TER" dari segala segi.....

maknanya?? Lihatlah bangunan yg dinamakan "Burj Dubai" atau maksudnya "Menara Dubai" yg sekarang menjadi bangunan TERtinggi di dunia.... selamat tinggal Menara Berkembar Petronas! :)

Lagi? Projek Dubai Metro yg aku bekerja ni.... salah satu stesennya iaitu di Union Square bila siap nanti akan menjadi stesen Metro / LRT bawah tanah (underground) yang TERbesar didunia dgn keluasan 25,000 meter persegi.... tren nya akan menjadi "fully automated train" yang TERpanjang didunia!

ada lagi? kalau sesiapa yg biasa menjengah website berkenaan Dubai, atau menonton video clip ttg Dubai di Youtube, pasti akan menemui kisah hotel Burj Al-Arab, iaitu hotel 7 bintang yang merupakan antara hotel TERmahal dan TERcanggih di dunia!

sebenarnya ada beberapa projek TER yang buat masa sekarang ditangguhkan sementara akibat krisis kewangan global.... antaranya pembinaan terusan (ala terusan Suez) yang bila siap akan menjadi terusan TERpanjang didunia...

Sebenarnya, dalam keghairahan pak Arab yang kaya dengan minyak membina binaan-binaan canggih ini, mereka TERlupa satu perkara bahawa mereka sekarang sedang menjadi bangsa Arab yg semakin TERcicir Islamnya....

Sebelum datang kesini, aku ingat bolehlah belajar bahasa Arab, aku teringatkan United Arab Emirates ini seperti bumi Mekah, yg disana sini akan terdengar bacaan Al-Qur'an, harmoni dan sayu utk didiami... hah..... sangat meleset jangkaan aku...

Dubai akan aku gelar sebagai antara kota maksiat TERbesar didunia! dengan lambakan (beratus-ratus!) hotel bertaraf 7, 5 dan sedikit yang 3 bintang, aku dimaklumkan oleh kenalan rakyat tempatan, setiap hotel tersebut akan ada disko / pub / bar dan yg seumpama dengannya....

dan aku juga dimaklumkan setiap pub / disko / bar tersebut adalah merupakan "Ibu pejabat" para pelacur dari seluruh pelosok dunia!! Astaghfirullahal'azim... dan fenomena biasa yg aku nmpk disini bilamana Pak Arab yg berjubah, berserban dan kadang2 memegang tasbih "menggendong" gadis2 seksi disisi mereka.... kadang2 sampai 2-3 orang sekaligus!! dan gadis2 itu ternyata bukan isteri mereka kerana jelas semua dalam keadaan mabuk kencing syaitan!

Inilah dia Dubai yg realitinya.... jadi, tidak hairanlah bila kita tengok negara2 Arab hanya berdiam diri bila Palestin dizalimi rejim Zionist / Israel laknatullah, bila dulu Iraq dan Afghanistan diserang US... mereka pun sudah jauh dari Islam dan cara hidup Islam......

Harap Sheikh Mohamad Rashid Al-Maktoum (Ruler of Dubai/PM of UAE) diberikan hidayah oleh Allah SWT dan Dubai berjaya "dibersihkan" satu hari nnt....

dan bg aku, keyakinanku makin kuat dgn kata pepatah Melayu "hujan emas di negeri orang...... " tolong sambungla eh.... :)

Ila liqa' wa maassalamah....

thank you... (english)
syukran... (Arabic)
arigato gozaimas...(bhs Japan)
salamaat....(bhs Tagalog)
tesekkular.....(bhs Turkish)
sie sie... (bhs Cina)
time kaseyyyyyy (bhs melayu)

:))

Tuesday, April 21, 2009

Lama tak bersua (Part 1)

Salam semua

Lama sudah aku tak menulis di blog ini. Rasa di hati tu memang nk menulis, cuma tidak berkesempatan. Tambahan pulak, sejak deperkenalkan dengan "Facebook" oleh kawan2 di Malaysia, lebih byk masa menulis dan mencoret disana... rasanya ia lebih ringkas, mesra pengguna dan mudah mencarai rakan2 lama disitu... Ironinya, disitu aku telah jumpa kawan2 satu matrik di Sek Men Sains Muzaffar Syah dulu yg dh 8 thn tak jumpa dan tak bersua muka.... itu yg jadi kegilaan baru tu.... :)

Dan utk mempromote "facebook" (singkatannya FB) jugak :), kt situlah aku byk berkomunikasi dgn ahli2 politik...termasuk ada beberp kali dgn YB dari parti tertentu waktu mereka sedang berada dlm Parlimen dan DUN! :) Menarik kan! heheh....

Tapi lama aku berfikir... "Ish, mana buleh aku lupakan wadah lama tmpt aku meluah rasa, gembira dan duka masa mula2 smpi di Dubai ni dulu".....fikir aku...

Cepat jugak masa berlalu.... tiba di Dubai Januari 2008...sekarang sudah masuk Mei 2009...mknanya bulan ketujuhbelas aku kat sini...

Cepat tak cepat jugak la.... kdg2 rasa lama...sehari bagai bertahun lamanya! Lebih2 lg bila saat menuju 30 May 2009, tarikh aku pulang ke Malaysia utk cuti 2 minggu...yahooooo!!.... tak sabar rasanya menatap wajah anak, isteri, keluarga dan tanahair.....

Begini rupanya sebuah pengorbanan... aku rasa kecil shj pengorbanan yg aku buat ini.... org lain lg hebat.... ini juga satu pengalaman berharga yg tak akan aku lupa smpi bila2...

2 minggu terakhir ini, setiap hari aku telefon orang rumah.... dengar suara isteri dan anak.... kdg2 sadis juga bila fikirkan anak yg membesar tnpa belaian kasih syg seorang ayah disisi.... anak aku Amir Naqiuddin.... waktu aku datang sini, hanya beberapa patah perkataan yg baru dipelajarinya.... salah satunya "AYAH", iaitulah perkataan pertama yg dia pandai.. :) Jeles ibunya....tp sekarang dh petah.... dh boleh cakap macam2.... dah boleh mintak macam2 kata ibunya..... hmmm.....

17 bulan di sini, hidup aku lebih kpd dunia pekerjaan.... ye lah, 6.30 pg dah bertolak ke ofis, 8 mlm br smpi bilik... tp sempat jugalah mencuri2 masa berjalan dgn kawan2.... release tension... dan meneroka bumi Arab....

setakat ini br sempat menjengok negeri2 lain di UAE ni... Abu Dhabi, ibu negara UAE aku lawati 2 bulan lepas.... ternyata lebih aman dan damai dr Dubai... :) kurang sesak, lebih hijau dan nyata persis kepada tanahairku....

Sharjah & Al-Ain pulak agak ketinggalan.... boleh la aku katakan 3-5 thn kebelakang berbanding Dubai... tp tak mustahil dgn kekayaan minyak, ia akan pesat membangun satu hari nanti...

Nk balik Malaysia 1 bulan lagi... tp semua barang2 yg perlu dibeli, souvenier utk isteri, anak, keluarga dan kawan2 dh byk yg aku beli! punya la excited nk balik Msia... tinggal sikit2 je lagi... yg kelakarnya, siap beli satu beg baru (besar) utk menampung timbunan brg2 yg bakal aku angkut balik ke Msia...hehe... tah berapa charge utk baggage nanti....

Sekarang ni dh mula masuk musim panas.... baru starting.... mukaddimah... tp mak aiihh... aku rasa dh nk mendidih tengkuk ni bila menjenguk site... pukul 9 pg pun suhu dah mencecah 40degree celcius di site aku.... tambahan pulak belum ada bangunan yg siap sepenuhnya utk dijadikan tmpt berteduh... site pulak seluas lebih 5 kali ganda luas padang bolasepak! perghh... tak dpt aku bayangkan bulan Julai ~ Ogos nnti.... biasanya akan mencecah >50 degree celcius!
skrg pun kulit dh gelap... :) Jgn isteri tak kenal sudah! :)

OKlah... Insha Allah ketemu lagi di Part 2... :)

Ila liqa'
Wa ma'assalamah....