Thursday, July 23, 2009

MUTIARA KATA

PESANAN BISTARI

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa
juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalah
lebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangan
keberanian. - GOETH

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya
kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya
dapat diatasi. - HAMKA

Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam
mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada
harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya. - HAMKA

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak
berguna. - HAMKA

Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan
ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus
hilang. - MARDEN O.S.

Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan
mendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akan
ditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinya
dimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA

Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib
ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi
pancaroba. - W.E. VAN WIJK

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu
bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk
bekerja. - SOEKARNO

Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh
orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak
jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang
tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteram
dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka
berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu. - HAMKA

Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan
masuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur
dalamnya. - STAHL. P.J.

Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yang
bijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yang
bermudarat. - F.D. ROOSEVELT

Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkan
dan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN

Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE

Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalam
hatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA

Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapat
apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanya
orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA

Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapi
sentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY

Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhir
dilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD

Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalah
itu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan boleh
melakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya
dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan
ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari
ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada
keadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada
ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap
keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak
dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjaya
terletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN

Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah
berilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain
dia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH

Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan
mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan
mudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau
tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia
melurus. - ABU DARDA

Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikit
mengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO

Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang,
tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN

Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batang
jarinya. - MARDEN O.S.

Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang,
mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKA

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah
dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku
dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankan
Tuhan. - MAKSUD HADIS

Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahari
terbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT

Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguh
berusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,
serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat
dipatahkan. - SCHILLER

Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuah
bila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS

Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dan
daripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah
merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat
bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia
tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak suka
di hina. - PERIBAHASA INGGERIS

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa
kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai
menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia
mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara
saja. - HAMKA

Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta,dan
kalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER

Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi
kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK

Setiap yang dilakukan oleh manusia termmasuk fikiran, kemenangan dan semua
yang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah
milik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE

Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidak
mahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS

Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian dan
perhiasan perempuan. - PEMUDA

Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk
menguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE

Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat
kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.
Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya
apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang
belum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY

Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnya
dalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan,
amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang
seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada
seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa
adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan
cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun
telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan
sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani dan
rohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diri
dalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,
tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan
mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan
bekas. - OVIDIUS

Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaan
memerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE

Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntut
yang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE

Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU

Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakan
keamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA

Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula
bahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanya
baik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.

Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN

Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan
masyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI

Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimau
ingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW

Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalaman
yang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE

Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat dan
untuk rakyat. - OSCAR WILDE

Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orang
yang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangatlah
nisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.
Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah,
ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun
bererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA

Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkan
ialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yang
ngeri. - PROF. L. STRUMPHELL

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang
yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih
sengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR

Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatan
dipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di dunia
mahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantung
kepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS

Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga
akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki
tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan
semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi
yang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,
angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan dan
ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi
mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang
diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum
diketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak
meragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hati
ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan
Tuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormati
kalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatan
juga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri
manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggut
kusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung
kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang
yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu
menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta
sejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada
yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung
dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk
buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan dan
menunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilah
pergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapi
tidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan
jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apa
juga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikan
besar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang
empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi
rebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S.

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorang
sahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat
diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukan
dalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukan
sama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasa
menghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besar
kemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalah
hubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk
hatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah
kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkan
hubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi
melainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET

Sabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak
suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untuk
memperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan
dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana
mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatu
ketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah
menjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga
mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yang
dicita. - LORD KILLEARN

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadap
diri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang anda
tidak suka. - CICERO

Masa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dan
kelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkan
muntah. - PERIBAHASA TIBET

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi
kesan. - BEECHER

Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahan
kerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan,
menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB

Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibat
yang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA

Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan,
laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orang
yang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX

Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES

Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi;
merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY

Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetap
dingin. - HATTA

Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orang
asing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang hal
itu. - LORD BURGHLEY

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang
dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN

Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalam
mengharunginya. - ANONIM

Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaan
nasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengan
demikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH

Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapi
kecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS

Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM

Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika
engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman;
rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO

Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hari
ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlari
kencang. - PYTHAGORAS

Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotong
padi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi kerana
kerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yang
dilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE

Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai oleh
manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang
harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.
Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itu
sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan
dahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan
ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan
anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapat
dipercayai. - BERTHOLD AUERBACH

Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi
penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA

Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah
dia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR

Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akan
menimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS

Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang
yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untuk
memperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF

Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya,
bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS

Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipu
muslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatu
pengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA

Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersedia
hendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK

Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidak
akan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehingga
ada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiada
guru yang memimpinnya. - BUDIMAN

Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka.
Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logik
boleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orang
yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu
menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegas
pasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh
rumput. - PERIBAHASA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar
pena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu
marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas
yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlah
ia membatasi hawa nafsunya. - SENECA

Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan
orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidup
manusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak
dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya
hujan di tengah hari. - HAMKA

Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid,
angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukan
dan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melalui
jalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa
tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik
dan tinggi mutu amalan. - HAMKA

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah
luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata
hati kita. - HAMKA

Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebab
timbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS

Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyak
memberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS

Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMES

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, dan
apa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON

Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telah
jatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS

Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putus
asa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkan
oleh kegoncangan. - WATSON

Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yang
disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM

Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalan
tanpa rasa patah hati. - CARLYLE

Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat
kerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN

Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan dan
memperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendak
mengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL

Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagian
yang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelum
memikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan,
tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalah
guru yang paling baik. - HAZLITT

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang
lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan
sendiri. - PLATO

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun
baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam
menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA

Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu
loncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER

Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS

Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah
kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO

Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demi
kepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kita
sendiri. - EDMUND BURKE

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada
dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilah
manusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO
Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang
dipegangnya. - PUJANGGA

Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukan
bagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.
Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapi
wang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalan
manusia. - POUW KIOE AN

Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatu
yang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan
sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggap

dirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa
tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita
selamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB
Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupan
itu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usaha
yang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,
akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda
sendiri. - WALTER B. PITKIN

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi
renggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.
Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi. - HAMKA

Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu
jahil. - IMAM SYAFIE

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di
kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW

Friday, May 1, 2009

"Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa"

"Dah siap belum? jom hantar Bak pg masjid" Ayat2 itu masih terngiang-ngiang di gegendang telinga aku. Itulah ayat biasa arwah Bak seawal pukul 12 tghari setiap hari Jumaat. Dikalangan adik beradik, aku antara yg tinggal paling lama dirumah apabila arwah Bak mula hilang keupayaan utk berjalan tanpa sebarang sokongan pada tahun 1992 sehinggalah akhir hayatnya 6 thn kemudian. Tahun tersebut aku masih berada di Tingkatan 1 SM Ren. Kayu Ara Pasong. Sejak itulah aku ditugaskan utk membawa arwah Bak ke masjid KAP utk solat Jumaat. Cuma hari Jumaat sahajalah yg Bak mampu bersama-sama jemaah lain di masjid, lain2 waktu mmg amat sukar dgn keadaan fizikalnya waktu itu. Sehinggalah thn 1995 dimana aku bersekolah di SM Sains Muzaffar Syah Melaka dan kemudiannya Matrikulasi UKM Bangi dan "menyerahkan" tugas tersebut kepada abang aku Lilik (Zulfadhli) yg akan pulang dari UTM Skudai utk balik ke rumah stiap hari Jumaat atas tujuan yg sama. Dan tarikh 12hb Mei setiap thn pasti mengembalikan saat-saat pilu kami sekeluarga kehilangan ketua keluarga kami.... Allahyarham Hasan bin Hj Ashari, ayahanda tercinta yg kami adik beradik panggil "bak"(panggilan Bak ini salah satu alternatif utk "ayah" juga bg org jawa)..... Sungguh pantas masa berlalu...sudah genap 11 thn rupanya.... tarikh tersebut pasti tak akan aku lupakan sampai bila-bila.... thn ini menjelang tarikh sama telah menyorot kembali dengan jelas memori tersebut bila aku duduk jauh dr kampung halaman... Aku masih ingat lagi pemergian bak pd tarikh tersebut cuma 4 hari sebelum kemasukan aku ke Fakulti Kejuruteraan, UKM pada tanggal 16hb Mei 1998. Sebulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, kami sekeluarga telah lama menemani arwah bermula di ICU Hospital Muar sehinggalah dipindahkan ke wad biasa Hospital Universiti, UM dan kemudian dipindahkan ke ICU hospital yg sama... Arwah bak mengalami komplikasi jantung selain penyakit kencing manis yg telah lama dihidapinya.... Secara peribadinya bagi aku, paling memilukan disaat itu ialah ketiadaan aku disisi arwah bak sewaktu arwah menghembuskan nafas yg terakhir.... cuma aku dan abang aku, Jajub tiada disisi.... sebabnya sehari sebelum (1hb mei) aku kena balik ke rumah di Pontian untuk mengambil segala borang, sijil2 akademik, baju dan sebagainya utk sesi pendaftaran masuk UKM pd 6hb Mei. Aku ingat lagi aku dan Jajub naik bas sampai ke Muar dahulu utk mengambil motor Jajub yg dulu bertugas di Hospital Muar, dan kemudian dr Muar balik ke Pontian menaiki motor. Sebaik tiba di Pontian kira-kira jam 4 petang, sempatlah aku berehat dan melelapkan mata seketika hanya utk mendapat tahu beberapa jam selepas itu bahawa aku telah kehilangan seorang ayah buat selama-lamanya.... Sepantas kilat aku teringat kata-kata arwah bak masa di ICU hospital Muar.... waktu tu kami melawat arwah yg berada dlm wad ICU...jadi hanya 2 orang dibenarkan masuk secara bergilir2...aku masuk dgn makcik aku, Hjh. Roliah (kitaorg panggil Wak Rol).... walaupun dikatakan saat tu bak sudah mula "bercakap dibawah minda separuh sedar" yg disebabkan sakitnya, bak bersuara dan mengatakan kpd aku dgn nada suara yg agak tinggi (yg kami telah terbiasa dgnnya) "Kenapa datang sini? Nanti sape nak uruskan jenazah bak kt kg?" soalnya.... dan sekonyong-konyong aku dan Wak Rol sebak, terkejut lantas gagal menahan air mata yg mengalir deras.... Ternyata benar apa yg orang kata. Bila seseorang itu hendak meninggal dunia, mereka seperti sudah merasa dan tahu bhw saat ketibaan sakaratul maut sudah hampir tiba.... Dan ditakdirkan disini, hanya aku dan Jajub tidak dpt bersama2 mengajarkan kalimah "LAA ILAHA ILLALLAH" ke telinga arwah.... Dan tidak tercapailah hasrat aku waktu itu untuk menunjukkan surat tawaran masuk ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (Komputer) yang mana itu juga antara Universiti dan kursus yg dicadangkan arwah kepada aku dulu... tp seingat aku, kami berjaya memberitahu kpd arwah walau saat itu arwah sudah terlantar sakit dan berada dlm keadaan separuh sedar.... dan pastinya Hari pendaftaran 16 hb Mei 1998 di UKM, aku berada dlm keadaan yg bercampur baur antara sedih dan gembira..... Merenung kembali, arwah bak memang seorang manusia hebat dan menjadi salah seorang idola dlm hidup kami sekeluarga, terutamanya adik beradik kami. Tegas (boleh kata garang), tinggi ilmu agama, taat pd perintah Allah, penekanan seimbang antara akademik dan agama kpd anak2nya, cikgu dan guru besar yg dihormati semua anak2 muridnya dan seorang bapa yg lengkap ciri2 pengorbanan utk anak2 (sudah pasti ruangan ini tidak cukup utk menyenaraikan segala pengorbanan arwah). Mungkin atas faktor itulah dan kurniaan dr Allah, kami adik beradik alhamdulillah berjaya dlm akademik, selain dibekalkan ilmu agama dgn penekanan yg cukup tegas (cuma tidak diamalkan spenuhnya atas kelemahan kami!) buat pedoman hidup kami.... terima kasih bak... Al Fatihah buat arwah bak.... semoga kami dpt mencontohi kegigihan arwah mendidik anak2, anak2 murid sebagai guru dan "umat seluruh alam". Dan pastinya yg tinggal utk kami berbakti adalah ibu tercinta, Hjh Halimah Marwazi yg cukup tabah melalui detik2 hidup selepas ketiadaan arwah bak. Bak kata mak 11 tahun yg lalu, "Bak dh dpt lepaskan 4 orang grad dari Universiti, sekarang mulai anak ke-5 (Hartika@ Tati), ke-6 (Zulfadhli @Lilik), ke-76 (Aku) dan bongsu, ke-8 (Mohd Zahran@ Aran), ini mak punya tanggungjawab utk lihat smua lulus dan dapat kerja. Ini amanah dr arwah bak" kata Mak. Alhamdulillah cita-cita dan harapan mak (dan harapan arwah bak juga) telah menjadi kenyataan. Atas kehebatan didikan mereka dan rezeki dr Allah, alhamdulillah lahirlah 4 orang jurutera pelbagai bidang, 2 orang doktor pakar (pakar bedah & pakar bius) dan 2 orang pendidik anak bangsa (guru) dari keluarga (adik beradik) kami... syukur Ya Allah.... semoga ia dituruti anak2 dan zuriat kami jua... Semoga pengorbanan, iltizam, tauladan dan didikan agama yg sempurna ini dpt kami turunkan kepada anak2 dan zuriat keturunan kami agar kami jua dan selamat bertemu kembali dalam alam yg lebih luas di Syurga Allah nanti. Al-Fatehah.... Allah SWT berfirman: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak dapat membalas ayahnya, kecuali anak tersebut mendapati ayahnya menjadi budak kemudian ia membelinya dan memerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Wednesday, April 22, 2009

Lama tak bersua (Part 2)

Hari ini 23hb April 2008, maknanya lg 2 hari nk gaji! haha... alhamdulillah.... penat lelah, jerit perit akan terbayar.... jarang (atau tak pernah?) aku rasakan satu perasaan sebegini masa kerja di Malaysia... mesti orang akan tanya "perasaan macam mana tu ye?"

Jawapannya ialah.. perasaan puas bila waktu gaji kerana penat dan lelah serta mengah yg tak pernah aku rasakan sewaktu kerja di Malaysia.. walaupun pernah bertugas di banyak tempat kerja (berdasarkan rekod sejak mula bekerja thn 2001, dh 8 cmpny dh !! hehehe) dan ada diantaranya aku "diperah", standby smpi tgh malam, tp tak rasa "seletih" kerja disini... mungkin sebab aku kerja tanpa henti disini ! maklumla, teruk2 kt Msia pun kerja 5 hari seminggu, masuk kerja pukul 8 pg, balik 5-6 petang, dalam waktu kerja ada "ngular2".... :)

tp disini.... kerja 7 hari seminggu!! 6.30 dh bertolak ke ofis, balik rumah paling awal jam 8 mlm, takda mengular dan paling penting yg aku rasa paling meletihkan...... badan di Dubai, tp fikiran berfikir ttg anak, isteri dan keluarga di Msia..... itulah jawapan paling signifikan rasanya.... :)

dulu sebelum datang Dubai aku dh dengar dr kawan2 di Putrajaya Holdings, yg kawan2 mereka pernah juga bertugas di Dubai (especially) & other Gulf countries, sini mmg gila....gila keje...

dulu aku tak tahu knapa.... aku ingat mungkin itu persepsi je kot.... tapi hakikatnya ia memang realiti... sebab ape eh?? aku rasa 1 sahaja sebab yg paling konkrit.... iaitulah "kegilaan" Dubai utk menjadi "YANG TER" dari segala segi.....

maknanya?? Lihatlah bangunan yg dinamakan "Burj Dubai" atau maksudnya "Menara Dubai" yg sekarang menjadi bangunan TERtinggi di dunia.... selamat tinggal Menara Berkembar Petronas! :)

Lagi? Projek Dubai Metro yg aku bekerja ni.... salah satu stesennya iaitu di Union Square bila siap nanti akan menjadi stesen Metro / LRT bawah tanah (underground) yang TERbesar didunia dgn keluasan 25,000 meter persegi.... tren nya akan menjadi "fully automated train" yang TERpanjang didunia!

ada lagi? kalau sesiapa yg biasa menjengah website berkenaan Dubai, atau menonton video clip ttg Dubai di Youtube, pasti akan menemui kisah hotel Burj Al-Arab, iaitu hotel 7 bintang yang merupakan antara hotel TERmahal dan TERcanggih di dunia!

sebenarnya ada beberapa projek TER yang buat masa sekarang ditangguhkan sementara akibat krisis kewangan global.... antaranya pembinaan terusan (ala terusan Suez) yang bila siap akan menjadi terusan TERpanjang didunia...

Sebenarnya, dalam keghairahan pak Arab yang kaya dengan minyak membina binaan-binaan canggih ini, mereka TERlupa satu perkara bahawa mereka sekarang sedang menjadi bangsa Arab yg semakin TERcicir Islamnya....

Sebelum datang kesini, aku ingat bolehlah belajar bahasa Arab, aku teringatkan United Arab Emirates ini seperti bumi Mekah, yg disana sini akan terdengar bacaan Al-Qur'an, harmoni dan sayu utk didiami... hah..... sangat meleset jangkaan aku...

Dubai akan aku gelar sebagai antara kota maksiat TERbesar didunia! dengan lambakan (beratus-ratus!) hotel bertaraf 7, 5 dan sedikit yang 3 bintang, aku dimaklumkan oleh kenalan rakyat tempatan, setiap hotel tersebut akan ada disko / pub / bar dan yg seumpama dengannya....

dan aku juga dimaklumkan setiap pub / disko / bar tersebut adalah merupakan "Ibu pejabat" para pelacur dari seluruh pelosok dunia!! Astaghfirullahal'azim... dan fenomena biasa yg aku nmpk disini bilamana Pak Arab yg berjubah, berserban dan kadang2 memegang tasbih "menggendong" gadis2 seksi disisi mereka.... kadang2 sampai 2-3 orang sekaligus!! dan gadis2 itu ternyata bukan isteri mereka kerana jelas semua dalam keadaan mabuk kencing syaitan!

Inilah dia Dubai yg realitinya.... jadi, tidak hairanlah bila kita tengok negara2 Arab hanya berdiam diri bila Palestin dizalimi rejim Zionist / Israel laknatullah, bila dulu Iraq dan Afghanistan diserang US... mereka pun sudah jauh dari Islam dan cara hidup Islam......

Harap Sheikh Mohamad Rashid Al-Maktoum (Ruler of Dubai/PM of UAE) diberikan hidayah oleh Allah SWT dan Dubai berjaya "dibersihkan" satu hari nnt....

dan bg aku, keyakinanku makin kuat dgn kata pepatah Melayu "hujan emas di negeri orang...... " tolong sambungla eh.... :)

Ila liqa' wa maassalamah....

thank you... (english)
syukran... (Arabic)
arigato gozaimas...(bhs Japan)
salamaat....(bhs Tagalog)
tesekkular.....(bhs Turkish)
sie sie... (bhs Cina)
time kaseyyyyyy (bhs melayu)

:))

Tuesday, April 21, 2009

Lama tak bersua (Part 1)

Salam semua

Lama sudah aku tak menulis di blog ini. Rasa di hati tu memang nk menulis, cuma tidak berkesempatan. Tambahan pulak, sejak deperkenalkan dengan "Facebook" oleh kawan2 di Malaysia, lebih byk masa menulis dan mencoret disana... rasanya ia lebih ringkas, mesra pengguna dan mudah mencarai rakan2 lama disitu... Ironinya, disitu aku telah jumpa kawan2 satu matrik di Sek Men Sains Muzaffar Syah dulu yg dh 8 thn tak jumpa dan tak bersua muka.... itu yg jadi kegilaan baru tu.... :)

Dan utk mempromote "facebook" (singkatannya FB) jugak :), kt situlah aku byk berkomunikasi dgn ahli2 politik...termasuk ada beberp kali dgn YB dari parti tertentu waktu mereka sedang berada dlm Parlimen dan DUN! :) Menarik kan! heheh....

Tapi lama aku berfikir... "Ish, mana buleh aku lupakan wadah lama tmpt aku meluah rasa, gembira dan duka masa mula2 smpi di Dubai ni dulu".....fikir aku...

Cepat jugak masa berlalu.... tiba di Dubai Januari 2008...sekarang sudah masuk Mei 2009...mknanya bulan ketujuhbelas aku kat sini...

Cepat tak cepat jugak la.... kdg2 rasa lama...sehari bagai bertahun lamanya! Lebih2 lg bila saat menuju 30 May 2009, tarikh aku pulang ke Malaysia utk cuti 2 minggu...yahooooo!!.... tak sabar rasanya menatap wajah anak, isteri, keluarga dan tanahair.....

Begini rupanya sebuah pengorbanan... aku rasa kecil shj pengorbanan yg aku buat ini.... org lain lg hebat.... ini juga satu pengalaman berharga yg tak akan aku lupa smpi bila2...

2 minggu terakhir ini, setiap hari aku telefon orang rumah.... dengar suara isteri dan anak.... kdg2 sadis juga bila fikirkan anak yg membesar tnpa belaian kasih syg seorang ayah disisi.... anak aku Amir Naqiuddin.... waktu aku datang sini, hanya beberapa patah perkataan yg baru dipelajarinya.... salah satunya "AYAH", iaitulah perkataan pertama yg dia pandai.. :) Jeles ibunya....tp sekarang dh petah.... dh boleh cakap macam2.... dah boleh mintak macam2 kata ibunya..... hmmm.....

17 bulan di sini, hidup aku lebih kpd dunia pekerjaan.... ye lah, 6.30 pg dah bertolak ke ofis, 8 mlm br smpi bilik... tp sempat jugalah mencuri2 masa berjalan dgn kawan2.... release tension... dan meneroka bumi Arab....

setakat ini br sempat menjengok negeri2 lain di UAE ni... Abu Dhabi, ibu negara UAE aku lawati 2 bulan lepas.... ternyata lebih aman dan damai dr Dubai... :) kurang sesak, lebih hijau dan nyata persis kepada tanahairku....

Sharjah & Al-Ain pulak agak ketinggalan.... boleh la aku katakan 3-5 thn kebelakang berbanding Dubai... tp tak mustahil dgn kekayaan minyak, ia akan pesat membangun satu hari nanti...

Nk balik Malaysia 1 bulan lagi... tp semua barang2 yg perlu dibeli, souvenier utk isteri, anak, keluarga dan kawan2 dh byk yg aku beli! punya la excited nk balik Msia... tinggal sikit2 je lagi... yg kelakarnya, siap beli satu beg baru (besar) utk menampung timbunan brg2 yg bakal aku angkut balik ke Msia...hehe... tah berapa charge utk baggage nanti....

Sekarang ni dh mula masuk musim panas.... baru starting.... mukaddimah... tp mak aiihh... aku rasa dh nk mendidih tengkuk ni bila menjenguk site... pukul 9 pg pun suhu dah mencecah 40degree celcius di site aku.... tambahan pulak belum ada bangunan yg siap sepenuhnya utk dijadikan tmpt berteduh... site pulak seluas lebih 5 kali ganda luas padang bolasepak! perghh... tak dpt aku bayangkan bulan Julai ~ Ogos nnti.... biasanya akan mencecah >50 degree celcius!
skrg pun kulit dh gelap... :) Jgn isteri tak kenal sudah! :)

OKlah... Insha Allah ketemu lagi di Part 2... :)

Ila liqa'
Wa ma'assalamah....

Saturday, February 7, 2009

PERUTUSAN MB PERAK

BismilahirRahmanirRahim.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negerisecara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Friday, February 6, 2009

Bersalahkah Anwar bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Nukilan dari:
http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/bersalahkah-anwar-bin-ibrahim.html

Friday, January 9, 2009

Jumpa balik...

Assalamualaikum...

Aku baru je lepas surf laman2 berita online... tgk tentang berita seluruh dunia, especially dr Malaysia... tentu skali berita yg paling menarik perhatian aku tentang Keganasan dan Kezaliman bangsa paling bangsat dalam sejarah dunia, iaitu YAHUDI LAKNATULLAH. Sehingga coretan ini ditulis, sudah lebih 800 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh, manakala ribuan pula tercedera...
DI Malaysia pulak, hebat menyaksikan kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P036 Kuala Trengganu... tetiba teringat saat PRK P44, Permatang Pauh bulan Ogos lepas yg aku sempat sama2 berkempen kat sana... Alhamdulillah berbaloi aku kesana sbb DSAI & PKR menang besar!

Semalam sebenarnya antara hari yg gembira dan "melegakan" aku sepanjang aku ada kat Dubai... sebenarnya hari Selasa lepas (6/1/09) wallet aku tercicir masa nak keluar dari teksi. Tah cemana buleh tercicir, padahal biasanya kalu bab wallet nih aku mmg betul2 particular dan make sure betul2 ada dlm poket seluar bila nk gerak kemana2... masa tuh, 5-10 minit lepas turun teksi, baru aku terasa yg wallet aku takdakt poket belakang seluar aku... terus aku berlari balik tmpt aku turun kot2 ada lg teksi kt situ sbb kebetulan waktu tu jalan agak sesak...jd harap2nya teksi tu tersekat ler.... tp malangnya teksi tu dah takda.... waktu tu dm pukul 7.40mlm, so tak berapa nampak keadaan sekeliling... cari2, pusing2... sah wallet aku dh hilang!

Hari esoknya aku kenalah setelkan banyak benda.... mana taknya ada mcm2 dlm wallet aku tuh.... duit satu hal (jumlahnya cukup utk makan, minum dan hidup kat Dubai smpi hujung bulan!).... nasib baikla yg lain2 sumer dh hantar ke Msia sbaik dapat gaji... tp dokumen2 lain sumer yg ada dlm tuh mesti jenuh nk diganti.... I/C Msia, Labour Card / Work permit (br 2-3 hari dapat), kad2 ATM, kad kredit sini, driving license dan lain2 lagi... yg paling jenuh nk replace Labour Card sbb kena wat surat application kat HR dan bayar 500 dirham!

SO harituh mmg aku takleh keje la sbb kena setelkan benda2 tu sumer... aku buat surat dan mintak sign Construction Mngr.... tp masa on d way nak ke Head Office kat Union Square, sorang Senior CAD Designer yg sma2 nk ke HQ advise aku spy KIV dulu application tuh dan tunggu smpi 1 minggu baru submit ke HR.... dia kata banyak kes kat cni yg orang hilang wallet / duit atau brg lain buleh dapat balik.... cam tak caye... kat Msia mana ada kes camtuh... kalu hilang wallet confirm hilang terus punya lah....tp bila dia yakinkan aku sungguh2...aku pun ikut la ckp dia....

Walau cemanapun, aku saje pg kat Malaysian General Consulat utk clarify pasal IC Msia dan dokumen2 tuh... diaorg ckp wat report polis jerk... tp harituh aku tak smpt nk pg balai polis dan terus balik site...

Hari keesokannya aku dah pakat dgn driver nak ke balai polis masa rehat tghari... tup2 dalam kul 9 pg ada kol dr Abu Dhabi bgtau yg wallet aku dah dijumpai. Dia tanya mcmana cara dia buleh pulangkan balik wallet aku tuh! Wow....terkezut lak aku... masa sama....byk2 syukur Alhamdulillah.... so, smlm aku set jumpe mamat tu kat Mall of Emirates (shopping mall)...kebetulan dia kata mmg nak datang Dubai sbb jumpe member dia kat sini (haha, bagus gak, takyah aku ke Abu Dhabi!).... mamat tu Senior Architect, keje kat Abu Dhabi (lebih kurang 1 jam pjalanan dr Dubai), orang London, UK.... jmpe dia smlm pe lg, speaking London la....hehehe... aku nk belanje dia makan, tp dia taknak....

Hmmm... aku tgk wallet aku, tak berubah sikit pun kedudukan kad, duit dsb.... every single dirham tak luak..... dan sbenanya yg paling penting ttg wallet aku nih, ia antara hadiah hantaran kawin dr wife aku..... aduss....sukar dirongkai dengan kata-kata!

Anyway, bagus tul.... wpun dia bukan Islam pun, tp hati baik.... satu pengajaran berguna utk aku....KENA LEBIH HATI2.... dan jgn sumbat segala2 dalam wallet! =)

Thursday, January 1, 2009

2 purnama sudah...

Salam Tahun Baru 2009.

Hmm... Lama tak menulis di blog. Tak tahu kenapa bulan lalu merupakan waktu yang agak sibuk... terutamanya waktu kerja di office. Sebab sebelum nih (bulan pertama) agak banyak masa semasa berada di pejabat, dapatlah meluangkan waktu dan curi2 masa sikit menulis di blog. Tp bulan lepas, masuk saja office jam 7 pagi, terus buat kerja dan jam 8 dah ke site sampai jam 11pagi atau kadang2 12 tghari... banyak berada di site aku rasa kulit pun dah jadi gelap sikit kot... :)

Hari ini (Jumaat) sepatutnya hari cuti, tp aku dikehendaki standby kat site.... so disbabkan bos2 semua takda, ni dapatla aku ambik masa untuk mengupdate blog...

Sebulan tak menulis, macam2 aktiviti (selain dari kerja) yg dibuat disini... masa cuti Hari Raya Haji yg lepas, aku dengan kawan-kawan Malaysia pergi ke Desert Safari , iaitu salah satu tempat yang menarik untuk dilawati disini... tp awas, tak sesuai untuk semua golongan kot, terutamanya sebab ada aktiviti naik kereta 4WD sambil berayun2 dan melambung2 lalu bukit bukau kat padang pasir. Kalau bawak baby / budak umur 2-3 thn tak taula apa jadi!

Makluman lanjut lawati http://www.desertsafaridubai.com/desert-safari-dubai.html.

Agak menarik ke sana. Jam 4 petang bas menunggu di satu tmpt yg ditetapkan di bandar Deira. Bas tu bawa kami ke satu tempat berdekatan lokasi Desert Safari. Kat situ semua peserta akan menunggu 4WD yang akan bawa kami dari situ ke Desert Safari tersebut. tepat jam 5 ptg, aktiviti adventure tu bermula... kami melalui laluan padang pasir sejauh lebih kurang 20 km yang dipanggil Al Awir Road dan "menikmati" Dune Bashing.... driver tu akan drive melalui jalan yg paling berbukit, curam dan pastikan penumpang2 semua menjerit2 dan cuak gila... tp mmg adventurous betul... salute la kat driver sbb mmg cekap gila bawak 4WD... yelah, dah tetiap hari dia buat kerja tu...

Sampai Desert Safari dalam pukul 5.30ptg.. sampai2 (waktu tu dah agak gelap sebab Maghrib pukul 5.45), kami ambil peluang utk naik unta! Alah, pusing2 dekat situ je... bg nak ambik gambar... ngeri gak rupanya naik unta nih sebab tinggi, pastu masa nk naik dengan nak turun tu agak mendebarkan sebab unta nih dia akan luruskan / benkokkan kai dia secara mengejut jerk... heheh.... 1st time tu!

Lepas solat maghrib, kami pergi mkn... masakan? Kebanyaknnya ala Arabla... ada gak spagheti, roti dsb... Lepas tu ada sesi bergambar dengan kostum orang Arab, jubah+serban+ benda bulat atas kepala tu (sorry, aku tak tau pun nama sebenarnya! )... ada gak henna painting dan pertunjukan Belle Dancing...

Kami ambil pakej tidur disana, jadi penganjur ada sediakan khemah utk tidur... makk aiiii.... malam tu mmg sejuk gila2.... sebab khemah tu open je, so angin dari padang pasir bertiup waktu malam tuh mmg menggigil2... kalau tak silap suhu sekitar 10 degree celcius.... tak dapat bayang kalu dok kt area salji dgn suhu -ve degree celcius...

Kat sini cuti raya Haji 3 hari.... dan bulan Disember yg lepas mmg antara bulan yg paling byk cuti... 2/12 cuti National Day, 28/12 cuti Maal Hijrah...

Sedar tak sedar, dah 2 purnama aku berada di negara orang.... bekerja di perantauan, jauh dr anak, isteri dan keluarga membuat aku belajar banyak benda... mungkin agak terlambat dari orang2 lain yang pernah belajar di oversea, tp aku bersyukur Allah bantu aku dalam banyak perkara.... menurut ramai kawan2 kat sini yg dulu pun study di oversea, suasana masa belajar lain sangat dengan sekarang...dulu masa belajar, masih bujang... sekarang dah berumahtangga, tpaksa jauh dr isteri dan anak2...pasti suasana yg jauh berbeza, lebih banyak pengorbanan dan kesabaran diperlukan...

Ada seorang Manager disini (orang Malaysia juga) dah ada 2 isteri dan 7 orang anak! Tp disebabkan faktor2 tertentu, terpaksa tinggalkan juga mereka dan berkerja disini... ramai lagi yang senasib.... tp Alhamdulillah, sikit demi sikit, hari demi hari dah dapat sesuaikan diri dengan suasana ini....

Hari ini hari kedua tahun 2008 melabuhkan tirainya begitu juga 1429Hijrah, manakala tahun 2009 dan 1430Hijrah menjelma... semoga tahun baru memberikan sinar baru, harapan baru, dan masa depan yg lebih gemilang, rezeki halal yg lebih melimpah ruah, iman yg lebih teguh dan amal ibadat yg lebih banyak.... Amiin...

P/s: Gambar2 di safari desert dan lain2 tmpt akan menyusul kemudian...