Thursday, January 1, 2009

2 purnama sudah...

Salam Tahun Baru 2009.

Hmm... Lama tak menulis di blog. Tak tahu kenapa bulan lalu merupakan waktu yang agak sibuk... terutamanya waktu kerja di office. Sebab sebelum nih (bulan pertama) agak banyak masa semasa berada di pejabat, dapatlah meluangkan waktu dan curi2 masa sikit menulis di blog. Tp bulan lepas, masuk saja office jam 7 pagi, terus buat kerja dan jam 8 dah ke site sampai jam 11pagi atau kadang2 12 tghari... banyak berada di site aku rasa kulit pun dah jadi gelap sikit kot... :)

Hari ini (Jumaat) sepatutnya hari cuti, tp aku dikehendaki standby kat site.... so disbabkan bos2 semua takda, ni dapatla aku ambik masa untuk mengupdate blog...

Sebulan tak menulis, macam2 aktiviti (selain dari kerja) yg dibuat disini... masa cuti Hari Raya Haji yg lepas, aku dengan kawan-kawan Malaysia pergi ke Desert Safari , iaitu salah satu tempat yang menarik untuk dilawati disini... tp awas, tak sesuai untuk semua golongan kot, terutamanya sebab ada aktiviti naik kereta 4WD sambil berayun2 dan melambung2 lalu bukit bukau kat padang pasir. Kalau bawak baby / budak umur 2-3 thn tak taula apa jadi!

Makluman lanjut lawati http://www.desertsafaridubai.com/desert-safari-dubai.html.

Agak menarik ke sana. Jam 4 petang bas menunggu di satu tmpt yg ditetapkan di bandar Deira. Bas tu bawa kami ke satu tempat berdekatan lokasi Desert Safari. Kat situ semua peserta akan menunggu 4WD yang akan bawa kami dari situ ke Desert Safari tersebut. tepat jam 5 ptg, aktiviti adventure tu bermula... kami melalui laluan padang pasir sejauh lebih kurang 20 km yang dipanggil Al Awir Road dan "menikmati" Dune Bashing.... driver tu akan drive melalui jalan yg paling berbukit, curam dan pastikan penumpang2 semua menjerit2 dan cuak gila... tp mmg adventurous betul... salute la kat driver sbb mmg cekap gila bawak 4WD... yelah, dah tetiap hari dia buat kerja tu...

Sampai Desert Safari dalam pukul 5.30ptg.. sampai2 (waktu tu dah agak gelap sebab Maghrib pukul 5.45), kami ambil peluang utk naik unta! Alah, pusing2 dekat situ je... bg nak ambik gambar... ngeri gak rupanya naik unta nih sebab tinggi, pastu masa nk naik dengan nak turun tu agak mendebarkan sebab unta nih dia akan luruskan / benkokkan kai dia secara mengejut jerk... heheh.... 1st time tu!

Lepas solat maghrib, kami pergi mkn... masakan? Kebanyaknnya ala Arabla... ada gak spagheti, roti dsb... Lepas tu ada sesi bergambar dengan kostum orang Arab, jubah+serban+ benda bulat atas kepala tu (sorry, aku tak tau pun nama sebenarnya! )... ada gak henna painting dan pertunjukan Belle Dancing...

Kami ambil pakej tidur disana, jadi penganjur ada sediakan khemah utk tidur... makk aiiii.... malam tu mmg sejuk gila2.... sebab khemah tu open je, so angin dari padang pasir bertiup waktu malam tuh mmg menggigil2... kalau tak silap suhu sekitar 10 degree celcius.... tak dapat bayang kalu dok kt area salji dgn suhu -ve degree celcius...

Kat sini cuti raya Haji 3 hari.... dan bulan Disember yg lepas mmg antara bulan yg paling byk cuti... 2/12 cuti National Day, 28/12 cuti Maal Hijrah...

Sedar tak sedar, dah 2 purnama aku berada di negara orang.... bekerja di perantauan, jauh dr anak, isteri dan keluarga membuat aku belajar banyak benda... mungkin agak terlambat dari orang2 lain yang pernah belajar di oversea, tp aku bersyukur Allah bantu aku dalam banyak perkara.... menurut ramai kawan2 kat sini yg dulu pun study di oversea, suasana masa belajar lain sangat dengan sekarang...dulu masa belajar, masih bujang... sekarang dah berumahtangga, tpaksa jauh dr isteri dan anak2...pasti suasana yg jauh berbeza, lebih banyak pengorbanan dan kesabaran diperlukan...

Ada seorang Manager disini (orang Malaysia juga) dah ada 2 isteri dan 7 orang anak! Tp disebabkan faktor2 tertentu, terpaksa tinggalkan juga mereka dan berkerja disini... ramai lagi yang senasib.... tp Alhamdulillah, sikit demi sikit, hari demi hari dah dapat sesuaikan diri dengan suasana ini....

Hari ini hari kedua tahun 2008 melabuhkan tirainya begitu juga 1429Hijrah, manakala tahun 2009 dan 1430Hijrah menjelma... semoga tahun baru memberikan sinar baru, harapan baru, dan masa depan yg lebih gemilang, rezeki halal yg lebih melimpah ruah, iman yg lebih teguh dan amal ibadat yg lebih banyak.... Amiin...

P/s: Gambar2 di safari desert dan lain2 tmpt akan menyusul kemudian...

2 comments:

Mohd Subhi said...

Assalamualaikum sahabat...

Pekhabar sahabat??... Entah nape trase rindu pulak kt hang nie dzuh.Sahabat aku jauh nun kt tanah arab, patutlah sayu hati ni. Jauhnya cari rezeki ek. Aku doakan hang sihat2 jer kt sane n diberikan kekuatan. Mcm manelah perasaan hang ble bejauh dgn anak isteri n kuarge ek?? Bile nk bawak nani n anak kesane dzuh??

Portdy said...

hair,

lama kita tak sembang panjang

tup2 dah ke Dubai,

aku doakan kau selamat sejahtera

wassalam...


Aku,

Suhailisulaiman