"Dah siap belum? jom hantar Bak pg masjid"
Ayat2 itu masih terngiang-ngiang di gegendang telinga aku. Itulah ayat biasa arwah Bak seawal pukul 12 tghari setiap hari Jumaat. Dikalangan adik beradik, aku antara yg tinggal paling lama dirumah apabila arwah Bak mula hilang keupayaan utk berjalan tanpa sebarang sokongan pada tahun 1992 sehinggalah akhir hayatnya 6 thn kemudian. Tahun tersebut aku masih berada di Tingkatan 1 SM Ren. Kayu Ara Pasong.
Sejak itulah aku ditugaskan utk membawa arwah Bak ke masjid KAP utk solat Jumaat. Cuma hari Jumaat sahajalah yg Bak mampu bersama-sama jemaah lain di masjid, lain2 waktu mmg amat sukar dgn keadaan fizikalnya waktu itu. Sehinggalah thn 1995 dimana aku bersekolah di SM Sains Muzaffar Syah Melaka dan kemudiannya Matrikulasi UKM Bangi dan "menyerahkan" tugas tersebut kepada abang aku Lilik (Zulfadhli) yg akan pulang dari UTM Skudai utk balik ke rumah stiap hari Jumaat atas tujuan yg sama.
Dan tarikh 12hb Mei setiap thn pasti mengembalikan saat-saat pilu kami sekeluarga kehilangan ketua keluarga kami.... Allahyarham Hasan bin Hj Ashari, ayahanda tercinta yg kami adik beradik panggil "bak"(panggilan Bak ini salah satu alternatif utk "ayah" juga bg org jawa).....
Sungguh pantas masa berlalu...sudah genap 11 thn rupanya.... tarikh tersebut pasti tak akan aku lupakan sampai bila-bila.... thn ini menjelang tarikh sama telah menyorot kembali dengan jelas memori tersebut bila aku duduk jauh dr kampung halaman...
Aku masih ingat lagi pemergian bak pd tarikh tersebut cuma 4 hari sebelum kemasukan aku ke Fakulti Kejuruteraan, UKM pada tanggal 16hb Mei 1998. Sebulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, kami sekeluarga telah lama menemani arwah bermula di ICU Hospital Muar sehinggalah dipindahkan ke wad biasa Hospital Universiti, UM dan kemudian dipindahkan ke ICU hospital yg sama...
Arwah bak mengalami komplikasi jantung selain penyakit kencing manis yg telah lama dihidapinya.... Secara peribadinya bagi aku, paling memilukan disaat itu ialah ketiadaan aku disisi arwah bak sewaktu arwah menghembuskan nafas yg terakhir.... cuma aku dan abang aku, Jajub tiada disisi.... sebabnya sehari sebelum (1hb mei) aku kena balik ke rumah di Pontian untuk mengambil segala borang, sijil2 akademik, baju dan sebagainya utk sesi pendaftaran masuk UKM pd 6hb Mei.
Aku ingat lagi aku dan Jajub naik bas sampai ke Muar dahulu utk mengambil motor Jajub yg dulu bertugas di Hospital Muar, dan kemudian dr Muar balik ke Pontian menaiki motor. Sebaik tiba di Pontian kira-kira jam 4 petang, sempatlah aku berehat dan melelapkan mata seketika hanya utk mendapat tahu beberapa jam selepas itu bahawa aku telah kehilangan seorang ayah buat selama-lamanya....
Sepantas kilat aku teringat kata-kata arwah bak masa di ICU hospital Muar.... waktu tu kami melawat arwah yg berada dlm wad ICU...jadi hanya 2 orang dibenarkan masuk secara bergilir2...aku masuk dgn makcik aku, Hjh. Roliah (kitaorg panggil Wak Rol).... walaupun dikatakan saat tu bak sudah mula "bercakap dibawah minda separuh sedar" yg disebabkan sakitnya, bak bersuara dan mengatakan kpd aku dgn nada suara yg agak tinggi (yg kami telah terbiasa dgnnya) "Kenapa datang sini? Nanti sape nak uruskan jenazah bak kt kg?" soalnya.... dan sekonyong-konyong aku dan Wak Rol sebak, terkejut lantas gagal menahan air mata yg mengalir deras....
Ternyata benar apa yg orang kata. Bila seseorang itu hendak meninggal dunia, mereka seperti sudah merasa dan tahu bhw saat ketibaan sakaratul maut sudah hampir tiba....
Dan ditakdirkan disini, hanya aku dan Jajub tidak dpt bersama2 mengajarkan kalimah "LAA ILAHA ILLALLAH" ke telinga arwah.... Dan tidak tercapailah hasrat aku waktu itu untuk menunjukkan surat tawaran masuk ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik (Komputer) yang mana itu juga antara Universiti dan kursus yg dicadangkan arwah kepada aku dulu... tp seingat aku, kami berjaya memberitahu kpd arwah walau saat itu arwah sudah terlantar sakit dan berada dlm keadaan separuh sedar.... dan pastinya Hari pendaftaran 16 hb Mei 1998 di UKM, aku berada dlm keadaan yg bercampur baur antara sedih dan gembira.....
Merenung kembali, arwah bak memang seorang manusia hebat dan menjadi salah seorang idola dlm hidup kami sekeluarga, terutamanya adik beradik kami. Tegas (boleh kata garang), tinggi ilmu agama, taat pd perintah Allah, penekanan seimbang antara akademik dan agama kpd anak2nya, cikgu dan guru besar yg dihormati semua anak2 muridnya dan seorang bapa yg lengkap ciri2 pengorbanan utk anak2 (sudah pasti ruangan ini tidak cukup utk menyenaraikan segala pengorbanan arwah).
Mungkin atas faktor itulah dan kurniaan dr Allah, kami adik beradik alhamdulillah berjaya dlm akademik, selain dibekalkan ilmu agama dgn penekanan yg cukup tegas (cuma tidak diamalkan spenuhnya atas kelemahan kami!) buat pedoman hidup kami.... terima kasih bak... Al Fatihah buat arwah bak.... semoga kami dpt mencontohi kegigihan arwah mendidik anak2, anak2 murid sebagai guru dan "umat seluruh alam".
Dan pastinya yg tinggal utk kami berbakti adalah ibu tercinta, Hjh Halimah Marwazi yg cukup tabah melalui detik2 hidup selepas ketiadaan arwah bak. Bak kata mak 11 tahun yg lalu, "Bak dh dpt lepaskan 4 orang grad dari Universiti, sekarang mulai anak ke-5 (Hartika@ Tati), ke-6 (Zulfadhli @Lilik), ke-76 (Aku) dan bongsu, ke-8 (Mohd Zahran@ Aran), ini mak punya tanggungjawab utk lihat smua lulus dan dapat kerja. Ini amanah dr arwah bak" kata Mak. Alhamdulillah cita-cita dan harapan mak (dan harapan arwah bak juga) telah menjadi kenyataan.
Atas kehebatan didikan mereka dan rezeki dr Allah, alhamdulillah lahirlah 4 orang jurutera pelbagai bidang, 2 orang doktor pakar (pakar bedah & pakar bius) dan 2 orang pendidik anak bangsa (guru) dari keluarga (adik beradik) kami... syukur Ya Allah.... semoga ia dituruti anak2 dan zuriat kami jua...
Semoga pengorbanan, iltizam, tauladan dan didikan agama yg sempurna ini dpt kami turunkan kepada anak2 dan zuriat keturunan kami agar kami jua dan selamat bertemu kembali dalam alam yg lebih luas di Syurga Allah nanti.
Al-Fatehah....
Allah SWT berfirman:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Surah Luqman: 14)
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang anak tidak dapat membalas ayahnya, kecuali anak tersebut mendapati ayahnya menjadi budak kemudian ia membelinya dan memerdekakannya.”
(Riwayat Muslim dan Abu Dawud)
2 comments:
lama eh kisah ni..
kita tingkatan 2 lagi..
Al-fatihah.
salam ta'aruf.saya dapat blog ni dari kerol, sebab nak berkenalan dengan engineer2 terutama sekali berada di dubai. saya pelajar tahun akhir, kejuruteraan awam. moga boleh jadi macam saudara.
saya juga orang pontian. di taman damai, parit mesjid.
tentang artikel ni, saya respect orang2 yang berjaya masih ingat ibu bapa. bapa pasti dapat pahala atas2 anak2 yang ditinggalnya beriman dan anak yg soleh.
sedekahkanlah harta, zikir dan ayat2 Quran. ini dibenarkan oleh Rasulullah ketika mana Saad Abi Waqas menyedekahkan kebunnya untuk arwah ibunya, saat itu juga Saad Aib Waqas tiada di sisi arwah ibunya. Rasulullah mengatakan 'ya' atas pertanyaan Saad Abi waqas menanyakan tentang pahal sedekahnya itu.
Post a Comment