Wednesday, April 22, 2009

Lama tak bersua (Part 2)

Hari ini 23hb April 2008, maknanya lg 2 hari nk gaji! haha... alhamdulillah.... penat lelah, jerit perit akan terbayar.... jarang (atau tak pernah?) aku rasakan satu perasaan sebegini masa kerja di Malaysia... mesti orang akan tanya "perasaan macam mana tu ye?"

Jawapannya ialah.. perasaan puas bila waktu gaji kerana penat dan lelah serta mengah yg tak pernah aku rasakan sewaktu kerja di Malaysia.. walaupun pernah bertugas di banyak tempat kerja (berdasarkan rekod sejak mula bekerja thn 2001, dh 8 cmpny dh !! hehehe) dan ada diantaranya aku "diperah", standby smpi tgh malam, tp tak rasa "seletih" kerja disini... mungkin sebab aku kerja tanpa henti disini ! maklumla, teruk2 kt Msia pun kerja 5 hari seminggu, masuk kerja pukul 8 pg, balik 5-6 petang, dalam waktu kerja ada "ngular2".... :)

tp disini.... kerja 7 hari seminggu!! 6.30 dh bertolak ke ofis, balik 8 mlm, takda mengular dan paling penting yg aku rasa paling meletihkan...... badan di Dubai, tp fikiran berfikir ttg anak, isteri dan keluarga di Msia..... itulah jawapan paling signifikan rasanya.... :)

dulu sebelum datang Dubai aku dh dengar dr kawan2 di Putrajaya Holdings, yg kawan2 mereka pernah juga bertugas di Dubai (especially) & other Gulf countries, sini mmg gila....gila keje...

dulu aku tak tahu knapa.... aku ingat mungkin itu persepsi je kot.... tapi hakikatnya ia memang realiti... sebab ape eh?? aku rasa 1 sahaja sebab yg paling konkrit.... iaitulah "kegilaan" Dubai utk menjadi "YANG TER" dari segala segi.....

maknanya?? Lihatlah bangunan yg dinamakan "Burj Dubai" atau maksudnya "Menara Dubai" yg sekarang menjadi bangunan TERtinggi di dunia.... selamat tinggal Menara Berkembar Petronas! :)

Lagi? Projek Dubai Metro yg aku bekerja ni.... salah satu stesennya iaitu di Union Square bila siap nanti akan menjadi stesen Metro / LRT bawah tanah (underground) yang TERbesar didunia dgn keluasan 25,000 meter persegi.... tren nya akan menjadi "fully automated train" yang TERpanjang didunia!

ada lagi? kalau sesiapa yg biasa menjengah website berkenaan Dubai, atau menonton video clip ttg Dubai di Youtube, pasti akan menemui kisah hotel Burj Al-Arab, iaitu hotel 7 bintang yang merupakan antara hotel TERmahal dan TERcanggih di dunia!

sebenarnya ada beberapa projek TER yang buat masa sekarang ditangguhkan sementara akibat krisis kewangan global.... antaranya pembinaan terusan (ala terusan Suez) yang bila siap akan menjadi terusan TERpanjang didunia...

Sebenarnya, dalam keghairahan pak Arab yang kaya dengan minyak membina binaan-binaan canggih ini, mereka TERlupa satu perkara bahawa mereka sekarang sedang menjadi bangsa Arab yg semakin TERcicir Islamnya....

Sebelum datang kesini, aku ingat bolehlah belajar bahasa Arab, aku teringatkan United Arab Emirates ini seperti bumi Mekah, yg disana sini akan terdengar bacaan Al-Qur'an, harmoni dan sayu utk didiami... hah..... sangat meleset jangkaan aku...

Dubai akan aku gelar sebagai antara kota maksiat TERbesar didunia! dengan lambakan (beratus-ratus!) hotel bertaraf 7, 5 dan sedikit yang 3 bintang, aku dimaklumkan oleh kenalan rakyat tempatan, setiap hotel tersebut akan ada disko / pub / bar dan yg seumpama dengannya....

dan aku juga dimaklumkan setiap pub / disko / bar tersebut adalah merupakan "Ibu pejabat" para pelacur dari seluruh pelosok dunia!! Astaghfirullahal'azim... dan fenomena biasa yg aku nmpk disini bilamana Pak Arab yg berjubah, berserban dan kadang2 memegang tasbih "menggendong" gadis2 seksi disisi mereka.... kadang2 sampai 2-3 orang sekaligus!! dan gadis2 itu ternyata bukan isteri mereka kerana jelas semua dalam keadaan mabuk kencing syaitan!

Inilah dia Dubai yg realitinya.... jadi, tidak hairanlah bila kita tengok negara2 Arab hanya berdiam diri bila Palestin dizalimi rejim Zionist / Israel laknatullah, bila dulu Iraq dan Afghanistan diserang US... mereka pun sudah jauh dari Islam dan cara hidup Islam......

Harap Sheikh Mohamad Rashid Al-Maktoum (Ruler of Dubai/PM of UAE) diberikan hidayah oleh Allah SWT dan Dubai berjaya "dibersihkan" satu hari nnt....

dan bg aku, keyakinanku makin kuat dgn kata pepatah Melayu "hujan emas di negeri orang...... " tolong sambungla eh.... :)

Ila liqa' wa maassalamah....

thank you... (english)
syukran... (Arabic)
arigato gozaimas...(bhs Japan)
salamaat....(bhs Tagalog)
tesekkular.....(bhs Turkish)
sie sie... (bhs Cina)
time kaseyyyyyy (bhs melayu)

:))

No comments: